Parti Berjasa Perak kecam penarikan semula perintah pengusiran 19 tokong di Perak
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
1. Parti BERJASA Perak mengambil maklum insiden penarikan balik surat perintah pengusiran yang telah dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dan Galian negeri Perak kepada 19 tokong yang dibina di atas tanah hak milik kerajaan.
2. Lebih malang lagi, keputusan penarikan balik ini dibuat oleh Pejabat Tanah dan Galian Perak rentetan dari desakan dan dialog yang dibuat oleh parti politik MCA dan pihak kuil tanpa sebarang alasan yang kukuh.
3. Sedangkan keputusan Pejabat Tanah dan Galian Perak pada awalnya cukup jelas iaitu tanah yang didirikan itu adalah hak milik kerajaan. Ini bermakna, tokong-tokong yang dibina tersebut jelas sekali telah menceroboh dengan wewenangnya. Berjasa menggesa Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad bertegas dalam isu ini dan akur dengan arahan yang telah dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dan Galian negeri Perak.
4. BERJASA Perak memandang insiden ini sebagai rentetan siri pencerobohan berpuluh-puluh ribu hektar tanah hutan simpan dan tanah-tanah rizab. Amat malang sekali apabila isu ini diambil enteng tanpa tindakan yang tegas dari pihak berkuasa.
5. Atas kesedaran dalam isu ini pihak BERJASA Perak dengan penuh komited menubuhkan sebuah badan bertindak untuk isu tanah ini dikenali sebagai Sekretariat Pertahankan Tanah Rakyat. Bagi pihak Sekretariat, kami mengalu-alukan penglibatan semua pihak termasuk badan badan NGO untuk berdiri bersama dalam isu ini dan boleh menghubungi Shaharuzzaman di talian 019 571 5334.
Tn Hj Shaharuzzaman Bistaman
Pengerusi Badan Perhubungan BERJASA Negeri Perak
#BersamaPimpinNegara
#KepimpinanBaharuMalaysia
Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Samudera.my