Tempatan

MAKLUMAN: Jalan Perwira Jaya & Selancar Ditutup Kepada Semua Lalu Lintas

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ROMPIN, 01 Mac 2023 – Laluan Persekutuan FT2490 Jalan Masuk ke Perwira Jaya dan Selancar, Rompin, Pahang ditutup kepada semua lalu lintas dan semua jenis kenderaan ekoran kejadian jalan runtuh di kawasan tersebut.

Menurut notis yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya Daerah Rompin, tiada laluan alternatif selain jalan tersebut dan penutupan jalan tersebut adalah demi menjamin keselamatan pengguna jalan raya.

BACA JUGA: Amaran Hujan Berterusan Tahap Bahaya Untuk 4 Negeri Sehingga Esok

BACA JUGA: Johor Kembali Banjir

BACA JUGA: Golongan ‘Kayangan’ Di Malaysia Mewah Subsidi

Memetik kepada hantaran Polis Daerah Rompin di Facebooknya, jalan tersebut telah ditutup dari kedua-dua arah.

Katanya, kejadian jalan runtuh itu berlaku akibat daripada limpahan air deras susulan hujan lebat yang melanda daerah tersebut.

Dalam hantaran yang sama turut memberitahu, Jalan Selancar 3 menuju ke Felda Redong turut ditutup untuk semua kenderaan kerana telah dinaiki air sedalam tiga kaki.

Sehubungan itu, pihak JKR Rompin memohon orang ramai untuk mematuhi papan tanda serta arahan yang telah disediakan.

Sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi JKR Daerah Rompin di talian 09-4145040.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: