Tempatan

AWAS: Pahang Tutup Jalan Berhampiran Padang MBK 2 Bermula Malam Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 24 Ogos 2022 – Pihak Jabatan Kerja Raya Negeri (JKR) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan penutupan jalan berhampiran Padang MBK 2 bersebelahan dengan Pejabat Majlis Bandaraya Kuantan berkuatkuasa pada 8.00 malam, 24hb Ogos 2022 hari ini sehingga selesai program Sambutan Hari Kebangsaan 2022 Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur.

Menurut JKR Kuantan dalam laman Facebooknya, penutupan jalan itu adalah bagi meningkatkan kawalan keselamatan dan aliran trafik di lokasi berkenaan.

Sehubungan dengan itu, pengguna jalan raya adalah diingat untuk mematuhi papan tanda arah dan keselamatan yang disediakan di lokasi tersebut.

WhatsApp-Image-2022-08-24-at-4.50.46-PM.jpeg?resize=708%2C483&is-pending-load=1#038;ssl=1

Pengguna juga diminta untuk menggunakan jalan alternatif lain bagi mengurangkan kesesakan lalulintas di lokasi ini.

“Kerjasama sepenuhnya daripada semua pengguna jalan raya amat diharapkan. Untuk maklumat lanjut, boleh berhubung dengan Pejabat Jurutera Daerah, JKR Daerah Kuantan di talian 09-5121414,” kata JKR Kuantan lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: