Tempatan

AMARAN! 31 Kawasan Ancaman Tanah Runtuh Di Seluruh Negara

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 12 Disember 2022 – Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah mengenalpasti sebanyak 31 kawasan hotspot tanah runtuh di seluruh negara, menurut kenyataan media JMG.

Berdasarkan infografik yang dikongsikan, ini merupakan kawasan-kawasan hotspot yang berisiko dan sentiasa dipantau oleh pihak JMG.

  1. Gunung Jerai
  2. Baling
  3. Tanjung Bungah & Paya Terubong
  4. Lebuhraya Timur-Barat
  5. Ipoh
  6. Jalan Tapah Cameron Highlands
  7. Lojing – Gua Musang
  8. Cameron Highlands
  9. Kuala Kubu Baru
  10. Jalan Kuala Kubu Baru – Raub
  11. Sungai Buloh
  12. Lebuhraya KL – Karak
  13. Bukit Antarabangsa
  14. Genting Peras
  15. Seremban
  16. Jalan Seremban – Simpang Pertang
  17. Jalan Rembau – Johol
  18. Bukit Katil
  19. Gunung Pulai
  20. Temerloh
  21. Kuala Lipis
  22. Felda Aring – Kenyir – Kuala Berang
  23. Tanah Merah
  24. Marang
  25. Dungun
  26. Kota Kinabalu
  27. Kundasang
  28. Sandakan
  29. Miri
  30. Kapit
  31. Bau

Menurutnya, ancaman tanah runtuh ini adalah susulan daripada fenomena hujan lebat berterusan yang melanda negara semasa Monsun Timur Laut ketika ini.

Ancaman tanah runtuh itu katanya berpotensi berlaku di kawasan yang berbukit tinggi, petempatan serta laluan bercerun terutamanya di kawasan yang sistem perparitannya tidak diselenggara dengan baik.

Tambah JMG lagi, risiko bencana tanah runtuh ini boleh berlaku secara mendadak atau berperingkat-peringkat sama ada dalam skala kecil atau besar.

Lantaran itu, bagi mempertingkatkan piawaian keselamatan dan kesejahteraan rakyat, pihak KeTSA melalui JMG telah melaksanakan beberapa program pengurangan risiko bencana geologi tanah runtuh terutamanya di Taman Eko Rimba (TER) yang menjadi tumpuan pelancong.

Setakat ini, sebanyak 25 TER yang dikenal pasti berpotensi memberi ancaman berlakunya aliran puing telah dipetakan di mana pemasangan Sistem Amaran Awal (Early Warning System) dan Program Pengurusan Risiko Bencana Berasaskan Komuniti (Community-Based Disaster Risk Management CBDRM) dilaksanakan.

Program pengurangan risiko bencana itu turut melibatkan penduduk tempatan, agensi teknikal dan agensi responder di bawah Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) peringkat daerah.

Di samping itu, pihak JMG turut melatih penduduk setempat sebagai local champion bagi mempertingkatkan tahap pengetahuan dan kesiapsiagaan terhadap tanah runtuh kepada penduduk setempat.

Justeru, pihak JMG mengingatkan orang ramai yang berada di kawasan berisiko untuk sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan menghubungi pihak berkuasa sekiranya terdapat tanda-tanda berlakunya ancaman tanah runtuh.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: