Tempatan

“Sedih! Makanan Untuk Mangsa Banjir Sampai Lambat, Kurang Kualiti” – Wee Ka Siong

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

YONG PENG, 06 Mac 2023 – Ahli Parlimen Ayer Hitam, YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong menyatakan kekecewaannya terhadap nasib yang diterima mangsa banjir di kawasan Yong Peng susulan bekalan makanan yang lambat tiba malah berada dalam keadaan kurang berkualiti, menurut hantaran di laman Facebook rasminya.

BACA JUGA: PDRM Pantau Penyebaran Propaganda Kumpulan Yang Dikaitkan Islamic State

BACA JUGA: Pencarian MH370 Tetap Diteruskan – Anthony Loke

BACA JUGA: Dua Ceramah Ustaz Wadi Annuar Di Selangor Pula Dibatalkan

“Saya terkilan melihat makanan yang dihantar oleh pihak berkuasa, inilah kualiti sarapan pagi yang dihantar.

Orang makan pagi tapi dia hantar pukul 11. Ini pula makanan tengahari dan lauknya begitu sedikit sahaja.

Kalau ini yang dibekalkan pada mangsa-mangsa banjir, nampaknya ada yang tak makan. Pukul 11 nak makan sarapan apa? Bila dah pukul dua lebih baru datang makanan nasi putih dengan lauk sahaja.

Jadi saya perjuangkan supaya makanan diberi, kita biar masak sendiri pun takpe, buat secara rewang. Di kawasan saya semua ada perkakas-perkakas disediakan, takpe.

Kita masak sendiri pun takpe, janganlah bagi makanan macam ni, tentulah orang marah.

Jadi saya rasa kena lah bertimbang rasa. Di kawasan saya 22 buah PPS 5,000 orang makan. Tolonglah pihak kebajikan jaga kebajikan mangsa banjir. Itu yang paling kita utamakan.

Kita ni duduk di sini dalam keadaan terpaksa, bukan mereka nak banjir tapi sudah berlaku dan mereka mendengar perintah kita untuk berpindah ke sini.

Tanyalah pada kawan-kawan ni, ramai yang tak makan. Pasal apa? Pukul 11 baru sampai nak makan apa? Sarapan pagi, terlalu lambat.

Nasi pun tak masak diorang kata ya. Jadi saya rasa macam ni lah, saya minta mana-mana yang kumpulan rewang, kita masak,” kata beliau sewaktu di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Agama Yong Peng bagi menziarahi 105 keluarga yang ditempatkan di PPS tersebut, semalam.

Susulan itu, beliau yang sedih melihat keadaan tersebut menyeru agar pihak yang berkenaan melihat kembali isu yang dibangkitkan itu.

“Sabar, kita akan buat yang terbaik,” kata beliau mengakhiri bicara.

Menurut laporan media tempatan, keadaan banjir di negeri Johor berada pada tahap membimbangkan di mana daerah Batu Pahat menempatkan paling ramai jumlah mangsa dengan seramai 20,767 mangsa.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: