Tempatan

MAKLUMAN: Jalan Menuju Ke JB Ditutup Bermula Esok

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KULAI, 11 April 2023 – Jalan di Seksyen 25.50 (Underpass Senai) hala Johor Bahru akan ditutup secara penuh mulai 12 April 2023.

Menurut JKR Kulai di laman Facebook rasmi, penutupan penuh kedua-dua lorong menghala ke Johor Bahru secara berjadual akan dijalankan seperti tarikh dan masa yang telah dimaklumkan:

BACA JUGA: Lelaki India Koyak Al-Quran & Cuba Langgar Jemaah Di Masjid Ontario

BACA JUGA: Imam Ditikam Sewaktu Solat Subuh Di New Jersey

BACA JUGA: Isu Palestin: Kenyataan ‘Solidariti’ Barat & PBB Hanya Pura-Pura

Tarikh: 12 April 2023 & 14 April 2023
Masa: 6.30 Pagi – 10.00 Pagi Dan 4.00 Petang – 7.00 Petang (Waktu Puncak Sahaja)

Tambah jabatan itu, penutupan itu adalah bagi cadangan kerja-kerja “Trial Mock Up”.

“Cadangan bagi kerja-kerja “Trial Mock Up” penutupan lorong secara penuh di Seksyen 25.50 (Underpass Senai) hala Johor Bahru.” Demikian kenyataan dikeluarkan JKR Kulai.

340403880_241593561650727_907870923944015178_n.jpg?resize=780%2C439&is-pending-load=1#038;ssl=1

Oleh itu, semua pengguna jalan raya diminta menggunakan laluan alternatif yang telah dimaklumkan bagi mengelakkan terperangkap dalam kesesakan.

“Mohon semua pengguna jalan raya agar mematuhi arahan papan tanda yang telah disediakan,” kata JKR Kulai lagi.

Berikut merupakan jalan alternatif yang disediakan:

cadangan-A.jpg?resize=780%2C439&is-pending-load=1#038;ssl=1

Cadangan-B.jpg?resize=780%2C439&is-pending-load=1#038;ssl=1

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: