Tempatan

PERHATIAN: Putrajaya Tutup Beberapa Jalan Pagi Ini Hingga Ahad

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 07 Oktober 2022 – Beberapa buah jalan di Putrajaya akan ditutup bermula hari ini, 7 Oktober 2022 sehingga Ahad, 9 Oktober 2022 sempena penganjuran acara Hari Sukan Negara 2022.

Jalan-jalan itu akan ditutup bermula jam 3 pagi, 7 pagi dan 3 petang ini sehingga 12 tengah malam, Ahad.

Menurut Kementerian Belia dan Sukan di laman Instagram mereka, jalan Boulevard Presint 3 hingga Boulevard Presint 4 iaitu dari simpang empat Menara LPPSA hingga ke Lebuhraya Wadi Presint 4 di hadapan Galleria ditutup bermula 3 pagi Jumaat.

boulevard.jpg?resize=708%2C708&is-pending-load=1#038;ssl=1

Manakala Lebuh Setia (antara Menara KBS dan Galleria), Jalan P4Y (belakang Menara KBS) dan Lebuh Wadi (jalan antara Bangunan KETSA dan Bouleverd Presint 4) pula ditutup dari jam 7 pagi pada 7 Oktober hingga 12 tengah malam, 9 Oktober 2022.

lebuh-setia.jpg?resize=708%2C708&is-pending-load=1#038;ssl=1

Jalan-jalan di sekitar kawasan acara pula akan ditutup bermula jam 3 petang hari ini sehingga Ahad, 9 Oktober jam 12.00 tengah malam bagi memastikan kelancaran persiapan.

3-petang.jpg?resize=708%2C917&is-pending-load=1#038;ssl=1

Hari Sukan Negara 2022 akan disambut pada 8 Oktober 2022, Sabtu ini bertempat di Dataran Istana Kehakiman, Putrajaya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: