Tempatan

PDRM Pulau Pinang Tutup Beberapa Buah Jalan 15 September Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PULAU PINANG, 12 September 2022 – Beberapa lokasi jalan akan ditutup pada 15 September ini bersempena malam penutup Program The 26th World Congress On Innovation & Technology 2022 di negeri itu pada 13 hingga 15 September 2022.

“Antara jalan yang akan ditutup ialah Jalan Tun Syed Sheh Barakbah, Lebuh Duke dan Jalan Padang Kota Lama bagi acara Pesta Penutupan (Cultural Night) Program The 26th World Congress On Innovation & Technology 2022 pada malam 15 September 2022,” kata YDH CP Dato’ Mohd Shuhaily bin Mohd Zain, Ketua Polis Pulau Pinang dalam laman Facebook rasmi.

Ujarnya, kesesakan jalan raya juga dijangka akan berlaku di sekitar kawasan Setia Spice Convention Centre, dalam kawasan daerah barat daya dan di sekitar kawasan Georgetown sepanjang program tersebut berlangsung.

Justeru, pihak PDRM menasihatkan kepada masyarakat supaya dapat memberi kerjasama yang baik bagi melancarkan perjalanan program tersebut serta mengambil langkah untuk menggunakan jalan-jalan alternatif lain bagi mengelak kesesakan yang mungkin akan berlaku di kawasan terlibat.

Pulau Pinang akan menjadi tuan rumah dalam penganjuran Program The 26th World Congress On Innovation & Technology 2022 yang akan berlangsung pada 13 September hingga 15 September ini.

Persidangan itu akan melibatkan penceramah daripada pelbagai organisasi. Penganjur mensasarkan penyertaan hampir 4,000 orang peserta daripada 80 buah negara.

Lokasi yang terlibat untuk persidangan tersebut adalah Setia Spice Convention Centre, Eastern & Oriental Hotel Pulau Pinang dan Penang Esplanade, Padang Kota Lama.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: