Tempatan

Majikan Swasta Disaran Beri Cuti Tambahan Sehari Kepada Pekerja – KJ

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

REMBAU, 12 September 2022 – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menyarankan para majikan swasta di negara ini untuk memberikan cuti sehari kepada pekerja mereka bagi tujuan untuk melakukan saringan kesihatan.

Cadangan itu sebagai tambahan kepada cuti tahunan sedia ada bagi memastikan pekerja dapat menjalankan saringan kesihatan yang biasanya dibuat sekali dalam setahun.

“Jika tidak mereka (pekerja) mungkin tidak ada masa, waktu hari bekerja tidak boleh pergi, hari minggu sibuk dengan anak-anak dan keluarga, akhirnya mereka tidak dapat buat saringan kesihatan.”

Berikutan itu, beliau memaklumkan bahawa perkara itu akan dibincangkan dalam Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan bulan depan, kerana ia akan turut memberi kesan kepada majikan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: