Tempatan

AWAS Pembetung Runtuh! Jalan Kota Kinabalu-Sandakan Ditutup Serta Merta

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KOTA KINABALU, 05 Januari 2023 – Jabatan Kerja Raya Sabah memaklumkan Jalan Kota Kinabalu-Sandakan, Ranau ditutup serta merta untuk semua kenderaan bermula 10.59 malam tadi selepas pembetung runtuh akibat hujan lebat berterusan semalam.

BACA JUGA: Jambatan Runtuh, Jalan Lama Bentong ke Raub Tutup Disebabkan Hujan Lebat – JKR
BACA JUGA: BANJIR: Jalan-Jalan Utama Terengganu Ditutup
BACA JUGA: PERINGATAN: Jalan Sekitar Kuantan Akan Ditutup 20 Ogos Ini

“Orang awam adalah dimaklumkan Jln Kota Kinabalu-Sandakan, Ranau (Jalan Riverside) di KM 109.378, Ranau DITUTUP SERTA MERTA untuk semua kenderaan bermula 04 Jan 2023 disebabkan hujan lebat yang berterusan mengakibatkan kegagalan pembetung dan jalan putus yang membahayakan laluan,” kata JKR Sabah dalam laman Facebook rasmi.

Berikutan itu, pengguna jalan raya boleh melalui laluan alternatif melalui Jalan Sinarut Baru Togudon Baru. Walau bagaimanapun, jalan alternatif ini hanya boleh dilalui oleh kenderaan kecil.

JKR Sabah juga memohon pengguna untuk mematuhi arahan dan papan tanda keselamatan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Insiden ini menyebabkan ratusan kenderaan terkandas namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Jalan Kota Kinabalu-Sandakan merupakan antara jalan utama menghubungkan Pantai Barat dan Timur negeri itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: