Tempatan

MAKLUMAN: Penutupan Jalan Sempena PKNS Selangor International Race 2023 Ahad Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SELANGOR, 24 Jun 2023 – Jalan ditutup secara berperingkat sempena PKNS Selangor International Race 2023 pada Ahad ini 25 Jun 2023, menurut makluman daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Facebook rasminya.

Menurutnya, penutupan jalan itu bermula pada jam 6 pagi hingga jam 2 petang pada hari tersebut.

BACA JUGA: Rider Digantung Tegur 2 Warga Singapura ‘Borong Minyak’, Siasat Semua Terlibat! – CIJ

BACA JUGA: Lembab Tangani Kandungan Memudaratkan, MCMC Ambil Tindakan Perundangan Terhadap Meta

BACA JUGA: YDP Agong Ziarah Makam Nabi Muhammad SAW

Antara Jalan Persiaran yang terlibat ialah:
• Persiaran Tasik
• Persiaran Masjid
• Persiaran Kayangan
• Persiaran Hishamuddin
• Persiaran Sukan
• Persiaran Raja Muda
• Persiaran Dato’ Menteri
• Persiaran Bestari
• Persiaran Serai Wangi
• Jalan Kristal 7/64
• Jalan Pegaga U12/9

“Orang ramai dinasihatkan menggunakan laluan alternatif untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. Segala kesulitan amatlah dikesali,” jelas MBSA dalam kenyataan tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: