Tempatan

Beberapa Jalan Sekitar Gombak Ditutup Esok

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GOMBAK, 12 Oktober 2022 – Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak Superitendan Noor Ariffin Mohamad Nasir memaklumkan, beberapa jalan di sekitar Gombak bakal ditutup esok bermula jam 1:00 tengah hari, 13 Oktober 2022 bersempena dengan perlumbaan peringkat ketiga Le Tour de Langkawi (LTdL).

Penutupan jalan sepanjang perlumbaan itu berlangsung akan melibatkan;

1. Susur keluar Taman Melati ke MRR2 Batu Caves

2. Susur keluar Shell Taman Melati

3. MRR2 dari arah Batu Caves hala tol Gombak

4. Jalan Sungai Pusu hala ke tol Gombak

“Semua pengguna jalan raya dinasihat untuk mengelakkan melalui jalan-jalan yang terlibat dengan perlumbaan itu,” ujarnya dalam satu laporan media.

Perlumbaan LTdL peringkat ketiga tersebut dimaklumkan akan bermula di Putrajaya dan berakhir di Genting Highlands, Pahang.

Pelumba dijangka tiba di sempadan daerah Gombak kira-kira pukul 3 petang dan tamat selewat-lewatnya jam 4.15 petang.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: