NGO

Pembatalan Pengharaman Buku “Gay Is Okay”, PEMBELA Akan Hantar Memorandum

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KENYATAAN MEDIA PEMBELA

1. Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi yang telah membatalkan pengharaman buku “Gay is Okay” pada 22 Februari 2022.

2. PEMBELA melihat kes ini sebagai sebahagian dari rentetan pelbagai kes lain yang menjadi kegagalan kerajaan menjaga kedaulatan Islam sebagai Agama Persekutuan sepertimana yang termaktub dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.

3. Malah, perkembangan ini bercanggah dengan nilai-nilai moral dan ketimuran di Malaysia sebagaimana yang difahami melalui Perkara 11(5) Perlembagaan Persekutuan.

4. PEMBELA mendesak kuasa eksekutif dan legislatif menggunakan segala ruang yang ada bagi memperbetulkan kelompongan dan kelemahan yang ada pada sistem kehakiman negara.

5. PEMBELA akan memobilasi jentera melalui rangkaian NGO Islam di seluruh Malaysia untuk menjalankan langkah-langkah strategik termasuk menyerahkan memorandum kepada pejabat Perdana Menteri dalam masa terdekat.

6. Akhir sekali, PEMBELA mengajak seluruh rakyat Malaysia terutamanya umat Islam untuk menyatakan ketidaksetujuan terhadap segala yang berlaku sejak akhir-akhir ini.

Aminuddin Yahaya
Pengerusi PEMBELA
23 Februari 2022

Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: