Tempatan

‘Jika Tidak Ada Pedang Untuk Berperang, Kenapa Tidak Guna Perisai Untuk Bertahan’ – Profesor Datuk Dr Shamrahayu

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 04 April 2022 – “Saya sering membawa kata-kata begini: ‘Jika tidak ada pedang untuk berperang, sediakan perisai untuk bertahan’. Itulah akidah,” demikian kenyataan Profesor Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz dalam Konvensyen Perundangan: Mengarusperdanakan Syariah baru-baru ini.

Pernyataan itu bagi menjawab soalan daripada tokoh-tokoh yang menghadiri konvensyen anjuran Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) tersebut mengenai akidah dan pendidikan Islam.

Kata Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, Universiti Teknologi MARA (UiTM) itu, “Saya cuma mahu menzahirkan bahawa akidah itu penting dan things has to be done. Untuk memperkasa, memperkukuh akidah itu adalah penting.”

Ujarnya lagi, kita tidak boleh berperang dengan globalisasi, universalisme dalam hak asasi. Kerana itulah beliau berpendapat, dalam mendepani cabaran-cabaran tersebut, pertahanan akidah di dalam diri individu Muslim itu harus kuat. Pemantapan akidah itu harus bermula dari rumah.

“Jadi kita tanya diri kita. Bukan cikgu sekolah yang mengajar syahadah, bukan guru KAFA yang mengajar syahadah. Syahadah itu dari bapanya atau ibunya. Itu je benda yang saya nak cakap,” kata Profesor Datuk Dr Shamrahayu.

Leave a Reply

Back to top button