Tempatan

Buku “Gay Is Ok!”, 4 NGO Buat Laporan Polis

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SEREMBAN, 03 Mac 2022 – Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) Negeri Sembilan bersama empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain telah membuat laporan polis terhadap isu penerbitan buku “Gay is Ok! A Christian Perspective” di Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban pada 28 Februari 2022.

Pertubuhan Al Ehsan Negeri Sembilan serta Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) Negeri Sembilan merupakan antara NGO yang turut sama terlibat dalam membuat laporan polis berkaitan dengan hal ini.

Laporan polis yang dibuat pada jam 10.30 pagi oleh kesemua NGO itu diketuai Penyelaras Pejuang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat, Datuk Mohammad Hafiz Baharudin.

Beliau berkata, laporan polis itu dibuat bagi menolak sekeras-kerasnya penerbitan buku “Gay is Ok! A Christian Perspective” yang dikhuatiri boleh memesongkan akhlak masyarakat Malaysia.

“Benda ini (buku “Gay is Ok!”) tidak masuk akal dan seperti virus yang perlu dihapuskan sebelum merebak.”

“Mewakili NGO Islam, saya terpanggil untuk mengambil tanggungjawab ini bagi menghalang sentimen yang mengancam akidah dan moral anak cucu bangsa Malaysia,” tegas beliau ketika ditemui di IPD Seremban pada 28 Februari lalu.

Datuk Mohammad Hafiz Baharudin yang juga tampil sebagai wakil kepada rakyat Malaysia yang beragama Islam dan NGO di Negeri Sembilan menyeru dan berharap agar tindakan dapat diambil ke atas pihak-pihak yang terlibat dengan penerbitan buku tersebut serta bergerak bersama-sama bagi menghalang ia dari diterbitkan.

Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Haji Aminuddin Yahaya melalui satu kenyataan merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi yang telah membatalkan pengharaman buku “Gay is Ok!” pada 22 Februari 2022.

“PEMBELA melihat kes ini sebagai sebahagian dari rentetan pelbagai kes lain yang menjadi kegagalan kerajaan menjaga kedaulatan Islam sebagai Agama Persekutuan sepertimana yang termaktub dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan,” ujar beliau.

Pada 26 Februari 2022, Ketua Pemuda UMNO Titiwangsa, Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin melalui Facebook milik beliau dengan tegas menyuarakan pendapat mengenai hal ini dengan berkata bahawa “Gay is okay, not okay.”

“Jika dilihat dari sudut peruntukan undang-undang sedia ada berkenaan aktiviti liwat, adalah suatu perkara yang bertentangan dengan undang-undang dan satu kesalahan jenayah boleh dituduh dan dihukum mahkamah, tidak kira sama ada liwat itu dilakukan secara sukarela atau dengan paksaan.”

Bukan itu sahaja, penerbitan buku menerusi tajuk yang provokatif itu seakan-akan menghakis pemikiran rakyat bahawa perbuatan gay adalah tidak bermoral.

Berikutan dengan itu, tindakan tersebut juga melanggar undang-undang larangan seks luar tabie serta seakan-akan mencabar agama Islam yang merupakan agama Persekutuan di negara ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: