Tempatan

Konvensyen PEMBELA: TS Syeikh Ghazali Tegaskan Semua Pihak Mesti Kerjasama

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 31 Mac 2022 – Tan Sri Dato’ Sheikh Haji Ghazali Abdul Rahman menegaskan bahawa pentingnya pengukuhan dan kerjasama antara pakar-pakar Syariah, undang- undang dan pihak pengurusan pentadbiran dalam memperkukuhkan Syariah di Malaysia.

“Pentingnya pengukuhan, kerjasama di antara orang agama, orang Syariah, orang undang-undang, pengurusan pentadbiran.”

Beliau yang turut sama hadir ke Konvensyen Perundangan 2022: Mengarusperdanakan Syariah di Hotel Tamu & Suites, Kuala Lumpur semalam sebagai salah seorang panelis, menyeru pakar-pakar dalam bidang Syariah, undang-undang dan juga pentadbir-pentadbir supaya bekerjasama.

Tambah beliau yang juga mantan Ketua Hakim Syarie, jika tiada kesatuan maka akan timbullah perbezaan pendapat.

Justeru, kerjasama antara semua pihak adalah perkara yang amat penting dan itu adalah kuncinya, jelas beliau lagi.

Semalam, telah berlangsungnya Konvensyen Perundangan 2022: Mengarusperdanakan Syariah yang dianjurkan oleh Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA).

Konvensyen tersebut merekodkan kehadiran ratusan tokoh-tokoh perundangan Islam, peguam, ahli akademik dan penggerak-penggerak NGO serta berjaya menghasilkan satu kesepakatan dan resolusi tuntutan untuk pemegang-pemegang taruh gerakkan dalam usaha untuk mengarusperdanakan Syariah di Malaysia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: