Tempatan

Kalau Nak Buat Kuil, Buat Di Tanah Sendiri. Jangan Menipu! – Zamri Vinoth

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 24 Februari 2022 – “Pertama sekali, nak buat kuil, buat! Tak ada orang kacau. Saya percaya sahabat-sahabat yang ada pun tak ada masalah. You nak buat berbilion-bilion, berapa juta kuil, you buatlah, tapi beli tanah sendiri!!!”

Ini merupakan penjelasan yang dibuat oleh saudara Zamri Vinoth, Pengerusi One Centre Malaysia Perlis berkenaan beberapa isu fitnah yang digembar-gemburkan oleh pihak pelampau Hindu tempatan sehingga ke peringkat antarabangsa.

BACA: Ceroboh Tanah Organisasi Islam, Kuil Minta Pampasan – Wan Asshima Kamaruddin

BACA: Genosid Kaum India Di Malaysia? Jangan Menipu!!! – Zamri Vinoth

BACA: Kerajaan Perak ‘U-Turn’ Tak Jadi Halau 19 Kuil Dari Tanah Kerajaan

Sebelum ini, pernah tular banyak kenyataan termasuk video yang memaparkan bekas kepimpinan sebuah pertubuhan pelampau Hindu tempatan yang kemudiannya dilantik menjadi Menteri yang membuat fitnah berlakunya pemusnahan kuil secara besar- besaran oleh pihak berkuasa Malaysia.

Kenyataannya yang dirakam tersebut dibuat di luar negara ketika pertubuhan yang dipimpinnya sedang membuat tuntutan bagi membela nasib kumpulan orang India dengan menjaja pelbagai bentuk fitnah dan rekayasa.

“Tanah haram, tanah kerajaan, tanah orang lain yang bukan milik kamu sorang saja. Tanah kerajaan milik orang Cina, milik orang Melayu, milik orang India, milik orang Kadazan, milik orang Iban, mana boleh kamu buat kuil dan kamu sorang nak ambik hak tersebut! Kamu merampas hak orang!!!. Dan kemudian kamu beritahu kat luar kononnya, mereka meragut kamu punya tanah, padahal tanah itu bukan tanah kamu!!! Kamu yang mentekedarah tanah orang dan kemudian kamu memusingkan fakta.”

Zamri Vinoth memberikan penjelasan berkenaan fitnah yang sudah berlanjutan sejak sekian lama semasa berucap di Himpunan Solidariti Selamatkan Akidah 3 Mualaf yang dilangsungkan di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 22 Februari 2022.

Himpunan yang menyaksikan kehadiran beberapa ratus kepimpinan NGO-NGO Islam adalah bagi tujuan menyatakan solidariti untuk menjaga serta menyelamatkan akidah 3 orang anak-anak kepada Loh Siew Hong yang sedang berdepan dengan kes hak penjagaan anak di Mahkamah Tinggi tersebut.

Leave a Reply

Back to top button