Tempatan

Kaya Sejarah, Masjid Lama Tanjung Besar Wajar Dipulihara

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

LIPIS, 15 Januari 2023 – Masjid Lama Tanjung Besar yang terletak di daerah ini wajar dipulihara berikutan kekayaan nilai sejarah yang dimiliki masjid tersebut.

Menurut penduduk dari Kampung Tanjung Besar Tengah, Azmiros Johar, beliau menyambut baik sekiranya terdapat mana-mana pihak yang memulihara masjid tersebut untuk dijadikan pusat bagi aktiviti penduduk seperti perpustakaan desa ataupun pusat internet.

Kata beliau, masjid yang berusia lebih 100 tahun dan menjadi pusat dakwah Islam di negeri tersebut masih teguh kerana ia bebas daripada banjir.

Sementara itu, bekas Ketua Kampung, Mahusin Lazi, 90 berkata, masjid tersebut yang dibina menggunakan kayu merbau dan cengal serta tanpa paku dipercayai didirikan sekitar tahun 1900.

Menurut Mahusin, masjid yang terletak di atas bukit di jalan utama Jerantut Lipis suatu ketikanya menjadi masjid utama bagi tiga kampung iaitu Kampung Tanjung Besar Tengah, Kampung Rengai Kaduk dan Kampung Tanjung Besar Hulu.

Ia dikatakan masih kukuh biarpun tidak digunakan selama hampir 50 tahun.

“Masjid ini juga menjadi tempat persinggahan para pedagang untuk ke Kuala Lipis kerana satu ketika Sungai Rengai Ulu di kampung ini menjadi laluan perahu besar,” katanya.

Tambah beliau, terdapat juga loteng pada masjid tersebut yang menjadi tempat untuk muazzin melaungkan azan di mana ia boleh didengari dengan jelas oleh penduduk sekitar tiga kilometer dari masjid.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: