Peniaga Pahang Gagal Cabar Penggunaan Tulisan Jawi Pada Papan Tanda
PUTRAJAYA, 17 Februari 2023 – Dua ahli perniagaan dari Pahang gagal dalam usaha untuk mencabar penggunaan tulisan pada papan tanda di premis mereka di negeri berkenaan.
Dalam menyampaikan keputusan sebulat suara semalam, panel tiga anggota yang diketuai Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Yaacob Md Sam memutuskan bahawa “tiada ketidakrasionalan, tidak munasabah atau menyalahi undang-undang” terhadap arahan yang diberikan oleh Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dalam melaksanakan penggunaan tulisan jawi pada papan tanda premis perniagaan.
BACA JUGA: RM145 Bilion KWSP Dikeluarkan Semasa Era Covid-19 Dedah Kementerian Kewangan
BACA JUGA: Cabaran Perlembagaan Undang-Undang Syariah Kelantan Ditetapkan 26 Mei Ini
BACA JUGA: Elaun Khas, Pingat Khidmat Tanda Penghargaan Anggota SAR
Malah, Hakim turut menambah bahawa dasar untuk pelaksanaan penggunaan tulisan jawi juga tidak melanggar Perkara 5, yang melibatkan kebebasan seseorang atau Perkara 8, yang melibatkan kesamarataan dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Dengan itu, kami menolak rayuan perayu. Perintah Mahkamah Tinggi disahkan,” kata Hakim.
Dua lagi Hakim ialah Datuk P. Ravinthran dan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.
Ahli perniagaan tersebut, Jehan Abdullah dan Dana Palan Arunachalam telah memfailkan semakan kehakiman bagi mendapatkan perintah mahkamah untuk menolak arahan daripada MPK yang bertujuan untuk memperkasa penggunaan tulisan jawi pada empat tahun lalu.
Lapor berita tempatan berbahasa Inggeris, mereka telah meletakkan MPK serta Kerajaan Negeri sebagai responden pertama dan kedua.
Menurut peguam, Ong Siew Wan yang mewakili MPK, tiada diskriminasi dalam memperkenalkan dasar tersebut yang bertujuan untuk memperkasa tulisan jawi.
“Jawi ialah cara menulis Bahasa Melayu, bukan Bahasa.”
“Tiada halangan untuk menggunakan Bahasa lain pada papan tanda,” kata peguam tersebut.
Pada 2018, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang ketika itu merupakan Pemangku Raja Pahang telah bertitah bahawa tulisan jawi perlu digunakan secara meluas pada papan tanda jalan, premis perniagaan, papan tanda pejabat, agensi kerajaan dan semua pejabat pendidikan di negeri itu.
Mereka yang gagal menggunakan tulisan jawi pada papan tanda mereka boleh dikenakan denda sehingga RM250 dan lessen perniagaan mereka dibatalkan sekiranya enggan mengikut arahan tersebut.