Tempatan

Pahang Dinobat Sebagai Negeri Rizab Hutan Terbesar – Pemangku Raja Pahang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 04 April 2022 – “Saya cukup berbesar hati kerana kawasan hutan simpan kekal dan hutan simpan di negeri saya telah ditambah lebih 7 ribu hektar pada tahun ini menjadikan jumlah kira-kira 1.6 juta hektar hutan simpan kekal di Pahang.”

“Angka ini sekaligus menobatkan Pahang sebagai negeri yang mempunyai rizab hutan yang terbesar di Semenanjung Malaysia,” titah KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Tambah baginda lagi, kerana itu, kerajaan Pahang perlu terus menambah keluasan kawasan rizab hutan simpan kekal ini dari semasa ke semasa pada setiap tahun.

Di samping itu, baginda juga menyeru semua agensi dan jabatan di Negeri Pahang agar meningkatkan kefahaman dan pelaksanaan berkenaan persekitaran sosial dan tadbir urus (ESG).

“Sepertimana titah saya yang lalu, saya menyeru semua agensi dan jabatan di Negeri Pahang agar meningkatkan kefahaman dan pelaksanaan berkenaan persekitaran sosial dan tadbir urus (ESG). Khazanah alam sekitar adalah untuk generasi akan datang,” titah baginda lagi sewaktu sesi pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Wisma Sri Pahang, Kuantan, 28 Mac baru-baru ini.

Terdahulu, KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menyeru kerajaan Pahang menambah keluasan kawasan hutan simpanan kekal dari semasa ke semasa.

Ini bertepatan dengan status Pahang sebagai penyumbang utama atau green lung di Semenanjung Malaysia.

“Negeri Pahang dengan keluasan hampir 3.6 juta hektar mempunyai peratusan kawasan hutan yang masih tinggi iaitu kira-kira 57 peratus dari keluasan negeri. Mengambil kira peratusan ini, Pahang merupakan penyumbang oksigen utama dan habitat bagi hidupan liar flora dan fauna di Semenanjung Malaysia.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: