PRU-15

Doakan Kebaikan Untuk Negeri Pahang – Tuan Ibrahim Tuan Man

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 23 November 2022 – “Doakan kebaikan untuk Negeri Pahang. Insya-Allah,” tulis Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man dalam sebuah hantaran di laman Facebook beliau hari ini.

Beliau menyeru rakyat mendoakan kebaikan buat negeri itu berhubung pembentukan kerajaan Pahang yang ketika ini masih belum diputuskan.

Lapor berita tempatan, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, PN Pahang akan meneruskan rundingan bagi membentuk kerajaan negeri sekali gus telah melantik Tuan Ibrahim untuk mengetuai rundingan tersebut.

Turut difahamkan BN juga mengadakan rundingan dengan PH bagi membentuk kerajaan negeri sebagaimana yang berlaku di Perak.

Namun, sehingga kini, Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail masih belum membuat sebarang pengumuman rasmi berhubung kerjasama tersebut.

Sebelum ini, keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) mendapati Pahang masih dalam keadaan tergantung apabila PN Pahang berjaya memenangi tujuh kerusi Parlimen dan 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala Barisan Nasional (BN) menang 16 kerusi DUN dan lapan kerusi dimenangi Pakatan Harapan (PH).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: