Tempatan

Penduduk Jadi “Gila”, Tiada Bekalan Air Bersih

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TEMERLOH, 21 Mac 2022 – Ketiadaan bekalan air bersih di Kampung Sementeh sejak dua bulan lalu telah menyebabkan penduduk mengalami tekanan perasaan sehingga ada yang menjerit seorang diri.

Menurut laporan dari Kosmo, kekangan ini bukan sahaja memberi bebanan besar kepada lebih 100 keluarga untuk meneruskan kehidupan seharian mereka, bahkan turut menyebabkan peningkatan kos sara hidup apabila terpaksa membeli air dan menanggung kerosakan mesin basuh automatik dan mesin penapis air.

BACA: Perak Tak Mampu Bekal Air Ke Pulau Pinang

BACA: Kerajaan Selangor Beri Amaran Air Empangan Akan Dilepaskan

BACA: Paras Air Empangan Kenyir Terkawal – TNB

Seorang penduduk, Siti Khaziah Samsudin, 41, mengatakan bahawa situasi ini memberi tekanan kepada penduduk, hinggakan ada yang bertindak menjerit seorang diri di rumah dan mengejutkan penduduk kampung yang lain.

Tekanan yang diberikan turut memaksa mereka berpindah ke rumah anak-anak dan saudara.

Dalam pada itu, penduduk terpaksa menggunakan air tadahan hujan dan air daripada tong yang disediakan pihak berkuasa untuk kegunaan urusan harian.

“Kehidupan kami memang susah, macam zaman dahulu kerana kini hanya mengharapkan air di dalam tong yang dikongsi beramai-ramai dan paip kami sentiasa dibuka dengan harapan ada air yang keluar untuk ditadah.”

“Bukan sahaja tidak dapat mandi, namun apabila sakit perut keadaan akan menjadi lebih sulit terutama melibatkan anak-anak,” kata Zamilatong Nasiah Mat Yunus, 37.

Beberapa penduduk kampung berhampiran juga terpalit dengan masalah ketiadaan air bersih sehingga terpaksa menggunakan air paip bomba di tepi jalan untuk mandi dan sebagainya.

“Memang ada air disalurkan ke dalam tong air yang disediakan, tetapi ia tidak mencukupi kerana bukan semua rumah diletakkan tong, jadi ia memang amat menyusahkan. Ada juga warga emas yang tidak dapat solat kerana tiada air.”

“Perkara ini telah diadukan kepada pihak berwajib, namun mereka menyatakan ia disebabkan tekanan air, entah berapa lama lagi kami akan terus terseksa begini apatah lagi dalam berhadapan bulan Ramadan dan Hari Raya tidak lama lagi,” ujarnya.

Seorang lagi penduduk kampung, Mieyla Khairuddin, 35, terpaksa membeli mesin basuh manual kerana ketiadaan air bersih yang menyebabkan mesin basuh automatik dan mesin penapis airnya rosak.

Jelasnya lagi, dia juga terpaksa menyimpan air dalam botol mineral bagi kegunaan ke tandas dan urusan lain dalam rumah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: