Tempatan

Lebih RM400 Juta Diperlukan Bagi Baik Pulih Jalan Di Pahang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 22 Februari 2023 – Lebih RM400 juta diperlukan Kerajaan Negeri bagi membaik pulih jalan persekutuan sepanjang lebih 3,000 kilometer di seluruh Pahang.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff menzahirkan harapannya agar peruntukan tersebut diluluskan supaya kerja menaiktaraf jalan ini dapat dilaksanakan dengan baik.

BACA JUGA: Gaji Rendah Bukan Punca Doktor Kerajaan Pilih Migrasi

“Tetapi kadang-kadang ada juga masa dan ketika tidak semua bajet yang kita mohon dapat diluluskan sepenuhnya oleh Kerajaan Pusat. Ini mungkin disebabkan oleh kekangan kewangan oleh Kerajaan Pusat yang terpaksa memberikan juga kepada kementerian lain. Kekurangan peruntukan ini juga boleh menyebabkan penyelenggaraan jalan kita di seluruh Negeri Pahang ini tidak dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya dengan lebih baik lagi disebabkan oleh kekangan peruntukan tersebut,” jelas beliau yang dipetik daripada laporan media Negeri Pahang.

BACA JUGA: Sarawak Mahu Perketat Undang-Undang Pelihara Flora & Fauna

Walaupun begitu, peruntukan tersebut akan dibentangkan pada 24 Februari ini sebelum keputusannya diperoleh sewaktu pembentangan Belanjawan 2023 nanti, ujarnya dalam sebuah sidang akhbar selepas sesi taklimat bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang di Bilik Mesyuarat Anggerik Kompleks Tun Razak (KOMTUR), semalam.

BACA JUGA: Negara Lain Susah Beri Peruntukan Sebanyak Malaysia Untuk Sekolah Vernekular

Dalam pada itu, beliau turut mengatakan bahawa Kerajaan Pahang memandang serius akan isu kerosakan jalan di seluruh negeri itu diikuti beberapa perkara yang sedang rancak diperkatakan di laman sosial khususnya berhubung masalah kualiti jalan yang dihadapi masyarakat.

Beliau menjelaskan, musim tengkujuh yang melanda beberapa negeri di Pantai Timur termasuklah Pahang turut menjadi penyumbang kepada kerosakan jalan tersebut.

Pada masa yang sama, beliau berkata, Jalan Persekutuan sepanjang 3,000 kilometer ini yang memerlukan penyelenggaraan manakala tiada masalah besar yang melibatkan Jalan Negeri sepanjang lebih 3,000 kilometer di seluruh Negeri Pahang.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: