Tempatan

Kampung Bantal Dilimpahi Air Sungai Tembeling

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JERANTUT, 25 Februari 2022 – Tanda awal banjir akan berulang buat kali kedua tahun ini apabila Kampung Bantal di Ulu Tembeling mula dilimpahi air Sungai Tembeling kira-kira jam 5 pagi hari ini.

Ini berikutan amaran angin monsun luruan masih aktif sejak awal tahun ini menyebabkan hujan lebat masih turun di kawasan hulu Sungai Tembeling dan Sungai Gusai sejak tiga hari lalu sehingga menyebabkan paras air naik dan melimpah ke kawasan dataran kedai kopi dan rumah yang dibina di pesisir sungai Kampung tersebut.

Sejurus kejadian limpahan air Sungai Tembeling yang berlaku awal pagi tadi, siren amaran awal supaya berwaspada sudah berada di paras bahaya telah dibunyikan jam 5.30 pagi hari ini.

Menurut penduduk kampung, fenomena banjir kilat ini sudah dijangka memandangkan hujan lebat sehingga paras air Sungai Tembeling naik dan mula melimpah sejak awal pagi hari ini malah, siren amaran turut berbunyi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam satu kenyataan, mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat buruk di beberapa negeri di bahagian Semenanjung Malaysia berkuat kuasa hingga Sabtu ini.

Amaran hujan berterusan (bahaya, buruk dan waspada) membabitkan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Negeri Sembilan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: