Tempatan

JAKIM Tu Tuhan Kau Ke? – Siti Kasim

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 11 Mac 2022 – Siti Kasim, peguam, membangkang kenyataan seorang pengguna internet yang mempertikaikannya di laman Twitter.

“Bodo* punya manusia… kau ingat kau tuhan ke? JAKIM tu tuhan kau ke? Kau ahli akademik? Patutlah negara ini hancur,” kata Siti Kasim lagi.

Siti Kasim yang juga akan bertanding di Parlimen Batu pada pilihan raya umum akan datang menyuarakan rasa tidak puas hati ke atas kenyataan tersebut dan kemudiannya menyifatkan individu tersebut sebagai ‘sakit mental’.

“Inilah contoh pemikiran bercelaru Meleis yang anggap JAKIM tuhan… sakit mental,” ujarnya.

Kenyataan peguam tersebut turut disokong oleh pengguna lain yang kemudiannya mempersoalkan tentang kewujudan hari akhirat.

“Mereka tak hidup dalam dunia yang sekarang dan berbuat baik kepada masyarakat, tapi asyik menyangka akhirat lebih baik…ada sesiapa boleh bagi bukti akhirat itu lebih baik?” soalnya.

Kekecohan ini tercetus apabila seorang pengguna menegur respon peguam tersebut yang menggesa supaya JAKIM ditutup gara-gara sebuah poster oleh pihak JAKIM yang menyeru masyarakat menjauhi kegiatan LGBT.

“Tutup Jabatan tak guna ni. Menyebarkan kebencian terhadap sebahagian dari masyarakat kita,” kata peguam itu dalam ciapan balas terhadap poster JAKIM tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: