Label Kerajaan Tak Beretika, JAKIM Siasat Pegawai
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 06 Januari 2023 – “Pihak Pengurusan Tertinggi JAKIM sedar akan video tular ceramah yang disampaikan oleh seorang pegawai JAKIM yang mengundang kemarahan netizen.”
“JAKIM telah memanggil pegawai tersebut untuk siasatan lanjut bagi memulakan prosiding tatatertib dan tidak akan berkompromi dengan sebarang perlakuan yang mencemarkan nama baik perkhidmatan awam.”
Demikian kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam laman Twitter rasmi mereka.
BACA JUGA: Pegawai Siasatan Jenayah Ditahan Dakwaan Merogol Remaja Perempuan
BACA JUGA: Lelaki Pukul Kanak-Kanak OKU Perempuan Sampai Mati, Sumbat Guni & Buang Dalam Semak
BACA JUGA: PRU-15: Siti Kasim Mahu JAKIM Ditutup, Urusan Agama & Negara Diasingkan
Kenyataan itu tidak menyebut siapa pegawai yang dipanggil namun, menurut laporan sebuah portal tempatan, ia dipercayai berkenaan dengan rakaman kuliah Subuh oleh Penolong Pengarah Kanan JAKIM, Mohd Meeftah Anuar, yang tular di media sosial.
Dalam kuliah Subuh di sebuah masjid di Selangor beberapa hari lalu itu, Mohd Meeftah telah menyifatkan PH sebagai tidak berakhlak kerana bekerjasama dengan seterunya untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.