Tempatan

Baik Masuk Neraka Kalau Orang Macam PIS PAS PUS Masuk Syurga – Siti Kasim

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 12 November 2021 – “Baik masuk NERAKA kalau orang macam PIS PAS PUS masuk SYURGA.. Tak sanggup tengok muka dia orang..” ujar Siti Zabedah Kasim yang juga dikenali sebagai Siti Kasim dalam sebuah ciapan beliau di laman Twitter.

screenshot-twitter.com-2021.11.11-17_40_09.png?resize=204%2C300&is-pending-load=1#038;ssl=1

Peguam terkenal itu mengeluarkan kenyataan tersebut dalam mengulas sebuah gambar yang tular dengan kenyataan “Undi selain PAS korang nanti… MASUK NERAKA”. Gambar tersebut memaparkan sebuah kain rentang dipegang berlatarkan sidang Pilihan Raya Kecil N.27 DUN Merlimau dengan ayat “Undi PAS Masuk Syurga”.

Kesahihan gambar tersebut masih tidak dapat dipastikan.

Baru-baru ini Siti Kasim turut terpalit kontroversi susulan ciapan beliau mendakwa Senator Ustaz Idris Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memakai jam berjenama Rolex. Namun, isu tersebut telah reda setelah menteri tersebut memaafkan beliau.

Beliau telah memohon maaf atas kesilapan beliau setelah Ustaz Idris Ahmad menafikan tuduhan tersebut dan menjelaskan bahawa jam tersebut adalah sebuah jam berjenama Buruj.

“Minta maaf Ustaz sebab saya memang salah,” ujar Siti Kasim dalam sebuah ciapan bertarikh 6 September baru-baru ini.

Permohonan maaf Siti Kasim itu menerima pujian ramai netizen kerana sudi mengakui kesilapan dan memohon maaf.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: