Tempatan

Siti Kasim Pertikai Kos Bangunkan Basikal Azizulhasni

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 09 Ogos 2021 – Peguam Siti Kasim mempertikaikan kos penyelidikan dan pembangunan basikal yang digunakan oleh Datuk Azizulhasni Awang dan rakan sepasukannya, Muhammad Shah Firdaus Sahrom di Olimpik Tokyo 2020.

Menurut beliau, kos setinggi itu adalah berlebihan dan tidak boleh diterima kerana wang sejumlah itu adalah lebih baik dibelanjakan untuk makanan.

“Walaupun ini berita tahun lalu, tetapi ia mula menjadi perhatian sekarang. Sepanjang saya menyokong kejayaan pasukan kebangsaan kita dalam sukan, saya rasa ia berlebihan melihat kepada keadaan negara kita sekarang.”

Bayangkan RM13 juta, berapa banyak mulut boleh diberi makan? Saya minta maaf kerana saya mendapati ia benar-benar tidak boleh diterima,” tegas beliau dalam Facebooknya.

WhatsApp-Image-2021-08-08-at-21.41.48.jpeg?resize=187%2C300&is-pending-load=1#038;ssl=1

Datuk Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom menggunakan basikal model WX-R Vorteq bernilai lebih RM300,000 untuk berlumba di kejohanan Olimpik ini.

Basikal yang menekankan teknologi aerodinamik dan berat serta ketahanan fizikal basikal itu adalah custom-made, disesuaikan khusus dengan karakter pelumba profesional yang menggunakannya.

Teknologi basikal itu dihasilkan melalui pelaburan besar RM 13 juta antara Institut Sukan Negara (ISN) dengan kerjasama TOTALSIM Ltd, sebuah syarikat pakar di United Kingdom empat tahun dahulu.

Walau kos penyelidikan basikal itu mendapat kritikan segelintir pihak, namun kejayaan Datuk Azizulhasni Awang merangkul pingat perak untuk acara keirin itu tetap diraikan oleh jutaan rakyat Malaysia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: