Aktivis Puji Jabatan Pendidikan Johor Batal Program Selawat
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
JOHOR BAHRU, 10 Januari 2023 – Aktivis, Siti Kasim dalam satu hantaran memuji tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membatalkan pelaksanaan Program Sekolah Berselawat (PSB) yang sepatutnya diadakan di negeri Johor 05 Januari lalu.
“Tahniah kepada KPM kerana mengambil tindakan terhadap perkara ini,” katanya ringkas di laman Twitter beserta lampiran surat pembatalan program.
Kudos to KPM for taking action on this. @KemPendidikan @FadhlinaSiddiq https://t.co/UtmgDRckJ5 pic.twitter.com/binXK0iIn0
— Siti Kasim (@sitikasim) January 9, 2023
Program tersebut telah dijadualkan berlangsung pada 05 Januari 2023 di Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Tiram, Ulu Tiram, Johor selama satu jam sahaja, bermula 07.30 pagi hingga 08.30 pagi.
BACA JUGA: Gudang Jenama Terkenal Terbakar, RM100,000 Hadiah Kepada Individu Yang Menjumpai Pelaku
BACA JUGA: Sedar Anak Dibasuh Otak, “Deprogrammers” Kini Dicari-Cari
BACA JUGA: Islam Agama Persekutuan Tetapi Tidak Mampu Selesaikan Isu Tudung Pramugari Muslim
Dalam sebuah kenyataan berlainan, JPNJ menegaskan pembatalan PSB bukan disebabkan desakan mana-mana pihak seperti yang dihebohkan tetapi atas pertimbangan penambahbaikan sekali gus mengambil kira kesesuaian objektif program kepada kumpulan sasar.
Menurutnya, ia dibatalkan bagi meneliti kesesuaian program dan melaksanakan penambahbaikan bagi sekolah-sekolah lain di negeri Johor.
JPNJ turut memaklumkan, matlamat awal program itu adalah untuk dilaksanakan di peringkat sekolah kategori Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) sahaja bagi membantu kemenjadian murid bertumpukan adab dan sahsiah secara menyeluruh.
“JPNJ menyahut seruan 7 Teras Pendidikan yang memberi penekanan kepada aspek ‘karamah insaniah’ melalui pembentukan adab, akhlak dan integriti,” ujar kenyataan itu.