Tempatan

Produk Ada Gelatin Babi Masih Dijual Dengan Logo Halal – Sumber

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

KUALA LUMPUR, 09 Januari 2023 – Sumber industri halal mendedahkan kepada sebuah portal tempatan bahawa salah satu produk makanan digemari kanak-kanak disahkan mengandungi gelatin babi namun masih bebas dijual sebagai produk halal.

Kehadiran unsur babi itu dikesan selepas sebuah makmal ujikaji makanan swasta mengambil sampel 100 produk di pasaran terbuka untuk diuji kemungkinan ia mempunyai bahan yang tidak halal.

BACA JUGA: Gula-Gula Gelatin Babi Logo Halal, Penjelasan JAKIM

BACA JUGA: Logo Halal Mi Beras Perisa Tulang Babi, Jepun Beri Amaran

BACA JUGA: Susu Babi Berpotensi Jadi Minuman Manusia – Pengkaji China

Hasilnya, 22 produk yang diambil sampel bagi ujian itu didapati mengandungi bahan daripada unsur babi dengan empat daripadanya mempunyai logo halal luar negara diperakui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Salah satu produk makanan digemari kanak-kanak itu disahkan mengandungi gelatin babi hasil ujian makmal yang mempunyai sijil Sistem Pengurusan Kualiti (ISO).”

“Keputusan ujian tetap menunjukkan kehadiran gelatin babi walaupun produk itu diperoleh dari lokasi berlainan.”

Jelasnya, susulan dari dapatan ujian itu, pihaknya segera membuat laporan kepada Bahagian Hab Halal JAKIM lengkap dengan hasil keputusan dan produk tersebut.

Namun, selepas dirujuk, agensi berkenaan memaklumkan produk tersebut tidak mempunyai unsur babi hasil ujian yang disahkan oleh makmal JAKIM sendiri dan juga makmal dari sebuah jabatan Kerajaan lain.

“Apabila saya tahu sebuah jabatan Kerajaan mengesahkan produk itu negatif, maka kami buat ujian sekali lagi dan hasilnya tetap positif. Jadi kami meragui adakah cara ujian yang dilaksanakan agensi Kerajaan itu betul atau salah.”

“Namun apa yang menyedihkan ialah berdasarkan polisi Kerajaan, JAKIM hanya menerima keputusan analisis dari makmal jabatan Kerajaan, malah ia mengatasi semua hasil analisis makmal lain,” katanya.

Oleh itu, sumber tersebut menggesa agar polisi Kerajaan itu diteliti semula kewajarannya di mana cara terbaik adalah dengan mengadakan diskusi antara makmal dan pihak yang terlibat supaya hasil keputusan sebenar dapat dipersetujui dan dicapai secara saksama.

“Berdasarkan polisi Kerajaan juga adalah menjadi satu kesalahan sekiranya kenyataan umum berkaitan status halal atau haram sesuatu produk dilakukan oleh pihak tidak berkaitan seperti makmal swasta.”

“Walau ada bukti hasil keputusan makmal yang mempunyai ISO sekali pun, ia tetap tidak boleh diguna pakai sekiranya hasil keputusan dari makmal Kerajaan memberikan keputusan yang berbeza.”

“Sebab itu kami tidak boleh cakap apa-apa dan hanya boleh maklumkan kawan-kawan supaya tidak makan produk itu kerana ujian telah mengesahkan ia positif. Agak menyedihkan kerana kita hanya mampu melihat sahaja saudara seislam kita makan makanan yang kita tahu tidak halal tetapi kita tidak boleh buat apa-apa kerana adanya polisi seperti ini,” kata sumber lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: