Tempatan

Siti Kasim Bidas Kenyataan Dr Maza Tentang Peguam Bela Orang Salah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 23 April 2022 – Siti Kasim, peguam, telah membidas kenyataan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkenaan hukum dosa ke atas peguam yang membela orang yang salah.

Menurut hantaran beliau melalui laman Facebook, beliau menyatakan bahawa seseorang perlu berada di pihak pesalah tidak kira apa kesalahan orang tersebut.

“Seseorang di sisi kamu, tidak kira apa yang kamu telah lakukan: Inilah yang memelihara kebebasan kita,” tegasnya.

Beliau juga menegaskan bahawa antara mekanisma terpenting bagi rakyat Malaysia adalah prinsip di mana apabila seseorang melakukan sesuatu yang terkeji, dia masih berhak untuk ada seseorang yang bercakap bagi pihaknya.

“Buang perlindungan ini dan semua hak demokratik kita yang sudah diterapkan dengan berhati-hati dalam Perlembagaan kita akan tiada makna lagi.”

“Ianya naluri semulajadi bagi sesiapa yang mempunyai kuasa untuk menyalahgunakan (kuasa tersebut) ke atas mereka yang tidak berkuasa,” tambahnya lagi.

Peguam tersebut memetik sebuah artikel oleh MalaysiaGazette berjudul “Berdosa Peguam Bela Pihak Yang Salah, Wang Diterima Haram – Mufti Perlis”.

Dalam artikel tersebut, Mufti Perlis telah menyatakan bahawa dosa wang yang diambil daripada pihak yang salah adalah lebih buruk daripada wang hasil pelacuran.

“Hanya tuhan yang patut hakimi kita. Bukan manusia biasa,” tegas Siti Kasim.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: