Tempatan

Siti Kasim Bersolidariti Dengan Penulis Disiasat Polis Didakwa Hina Nabi

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 15 April 2022 – Siti Kasim, peguam merangkap aktivis, baru-baru ini menyuarakan solidariti bersama tiga orang individu yang sedang disiasat polis. Antara individu tersebut adalah Uthaya Sankar SB, seorang penulis yang menimbulkan kekecohan kerana didakwa menghina Nabi Muhammad S.A.W.

“Dalam solidariti bersama tiga (orang) ini kerana kebebasan bersuara! Berhenti menghukum orang yang cuma meluahkan pandangan dan fakta!” ujar Siti Kasim dalam sebuah hantaran di laman Facebook.

BACA: Sah, Data Peribadi Rakyat Malaysia Kini Terdedah Kepada Semua

BACA: Lantik Pesuruhjaya SUHAKAM Yang Berpegang Kepada Malaysia Sebagai Negara Islam – Pengerusi PEMBELA

BACA: Api Bantahan Makin Marak Susulan Rumah Aktivis Islam Diroboh

Uthaya baru-baru ini telah dibawa ke Bukit Aman untuk siasatan susulan sebuah hantaran di laman Facebook bertajuk “Lemahnya Iman Zulkarnain!”.

Peguam tersebut turut mengepilkan sebuah poster oleh Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) yang menyuarakan solidariti bersama 3 individu, di mana individu-individu terbabit ialah: Dr. Xavier Jayakumar (Pengerusi PSM), S. Murugan (Ahli DAP Paloh) dan Uthaya Sankar SB (Penulis).

Dr. Jayakumar telah disiasat susulan laporan polis oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Wangsa Maju, di mana beliau didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Dakwaan tersebut timbul gara-gara sebuah video yang tular di mana beliau tampil menyatakan bahawa Parlimen adalah “sampah”, “tidak berguna” dan hanya hadir untuk mendengar titah YDPA atas alasan COVID-19.

S. Murugan pula disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan gara-gara sebuah hantaran di laman Facebook sebelum keputusan Pilihan Raya Negeri Johor dimuktamadkan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: