Bunuh, Serang, Tindas Minoriti, Rekod Buruk HAM India – Jabatan Negara AS
WASHINGTON, 06 Jun 2022 – Jabatan Negara Amerika Syarikat telah menyenaraikan India antara negara yang melakukan serangan ke atas anggota komuniti minoriti, termasuk pembunuhan, serangan dan ugutan sepanjang tahun 2021.
Setiausaha Negara Antony Blinken dalam sidang akhbar membentangkan Laporan Kebebasan Beragama Antarabangsa 2021 pada Khamis lalu.
Laporan itu menghuraikan status dan pencabulan kebebasan beragama di seluruh dunia dan mempunyai bab yang berasingan pada setiap negara.
Menurut laporan tersebut, serangan ke atas anggota komuniti minoriti berlaku sepanjang tahun, termasuklah insiden ketaksuban kepada lembu berdasarkan dakwaan penyembelihan lembu atau perdagangan daging lembu.
Laporan tersebut turut mendedahkan bahawa kumpulan nasionalis Hindu melakukan perbuatan vandalisme seperti merosakkan masjid, kedai dan rumah milik masyarakat Islam di seluruh negeri Tripura.
Seperti tahun sebelumnya, India menafikan laporan tersebut dan menolak kritikan negara asing terhadap keganasan yang berlaku di negaranya dengan mengatakan laporan itu adalah pandangan berat sebelah.