Antarabangsa

Warga Kashmir Tangisi Ulang Tahun 200,000 Muslim Disembelih Ekstremis Hindu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

KASHMIR, 09 November 2022 – Warga Kashmir di kedua-dua sisi Garisan Penguasaan (LOC), sebuah garisan yang dikawal oleh tentera yang membataskan India dan Pakistan telah mengadakan kenangan ulang tahun ke-75 berkenaan kejadian di mana ratusan ribu umat Islam telah dibunuh di daerah Jammu.

Tragedi tersebut berlaku di mana lebih daripada 200,000 orang Islam telah dibunuh oleh golongan ekstremis Hindu ketika mereka sedang dalam proses perpindahan ke Pakistan.

Pada Ahad lalu, pemimpin-pemimpin All Parties Hurriyat Conference (APHC) telah memberi penghormatan dalam mengenang mereka yang telah dibunuh dengan kejam ketika peristiwa tersebut.

Di antara Oktober dan November 1947, kebanyakan daripada orang-orang Islam yang tinggal di sekitar Jammu, Kathua, Reasi dan Udhampur sedang berpindah daripada kediaman mereka dan ketika itulah pembunuhan beramai-ramai itu berlaku.

Selain daripada pembunuhan orang lelaki dewasa, minggu berdarah tersebut turut menyaksikan penculikan serta kejadian rogol terhadap wanita Muslimah, pembunuhan anak-anak kecil serta rampasan harta benda.

Salah satu kejadian yang berlaku pada minggu berdarah tersebut adalah, orang Islam telah dipanggil oleh ketukan gendang untuk berkumpul di sebuah kawasan di Jammu. Mereka kemudiannya dimasukkan ke dalam lori beramai-ramai dan dihantar ke Jalan Kathua.

Mereka kemudiannya diarahkan untuk turun dan di situ mereka terus dibunuh beramai-ramai oleh pihak berkuasa Hindu yang mengiringi mereka.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: