Antarabangsa

Udara India Teruk, Helmet ‘Nafas Segar’ Dicipta

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEW DELHI, 31 Ogos 2022 – Kerajaan India mempromosikan topi keledar motorsikal yang dipasang penapis dan kipas pada bahagian belakangnya, yang dikatakan boleh menyingkirkan 80 peratus bahan pencemaran.

Dalam persediaan menghadapi musim sejuk yang turut membawa kabut asap tebal, agensi negara itu melabur ribuan dolar ke dalam Shellios Technolabs, sebuah syarikat pemula yang dimiliki oleh Amit Pathak.

Pathak yang juga seorang jurutera elektrik mula mereka bentuk topi keledar berkenaan, yang disifatkan yang pertama seumpamanya di dunia, di ruang bawah tanah pada 2016 semasa New Delhi dilanda udara kotor sehinggakan rakyat negara itu hampir tidak dapat bernafas.

Justeru, syarikatnya mereka bentuk topi keledar itu dengan unit pembersih udara, dipasang dengan lapisan penapis yang boleh diganti dan kipas berkuasa bateri, yang mampu bertahan selama enam jam serta boleh dicas melalui slot USB mikro.

Laporan ujian 2019 menunjukkan topi keledar itu berupaya menyingkirkan zarah bawaan udara PM 2.5 yang boleh merosakkan paru-paru, sehingga tinggal 8.1 mikrogram setiap meter padu daripada 43.1 mikrogram di luar.

Penjualan topi keledar seberat 1.5 kilogram itu dijual pada harga 4,500 rupee (RM252).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: