Antarabangsa

Kemenangan Anwar Buktikan Kuasa Demokrasi – Setiausaha Negara AS

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 27 November 2022 – Kejayaan Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10 mendapat perhatian Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) dengan menyifatkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tempoh hari sebagai ‘bukti kuasa demokrasi’.

Anthony Blinken berpandangan, kedua-dua negara telah menjalin hubungan kukuh, perkongsian komprehensif yang berakar umbi dalam hubungan ekonomi, dan keselamatan yang rapat.

Oleh itu, beliau berkata, “Bagi pihak AS, saya mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia atas pilihan raya umum mereka dan Anwar atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri.”

Anthony turut memaklumkan bahawa AS tidak sabar untuk memperkukuhkan persahabatan dan kerjasama dengan Malaysia berdasarkan prinsip demokrasi yang dikongsi dan menghormati hak asasi manusia dan kedaulatan undang-undang.

“Kami kekal komited untuk bekerjasama dengan Malaysia untuk memajukan rantau Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka, berhubung, makmur, selamat dan berdaya tahan,” ujar Anthony dalam satu laporan.

Pelantikan Dato’ Seri Anwar Ibrahim bukan sahaja menerima ucapan tahniah daripada AS, malah juga daripada Presiden Indonesia Joko Widodo, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: