Di Jalan-Jalan Ayodhya, Kamilah Yang Merobohkan Babri – Pelampau Hindu
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KANNUR, KERALA, 27 Disember 2022 – “Di jalan-jalan Ayodhya, kamilah yang merobohkan Babri,” jerit puak pelampau Hindutva, Bajrang Dal dalam satu perarakan di Kannur, Iritty.
Susulan kenyataan provokatif yang dilemparkan terhadap umat Islam itu, satu kes telah difailkan terhadap anggota Bajrang Dal yang terlibat.
Perarakan itu turut menyaksikan ahli pelampau Hindutva itu berteriak slogan menentang PFI (Popular Front of India) dan sayap pelajarnya CFI (Campus Front of India) yang diharamkan baru-baru ini.
Mahkamah Agung sebelum ini telah menutup petisyen penghinaan yang difailkan terhadap beberapa pemimpin BJP, kerajaan Uttar Pradesh, dan pegawainya dalam isu perobohan Masjid Babri di Ayodhya pada tahun 1992.