Antarabangsa

Dituduh Curi Jam Tangan, Kanak-Kanak Muslim Mati Dipukul Guru

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

UTTAR PRADESH, 31 Julai 2022 – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 15 tahun maut selepas dikurung dalam sebuah bilik dan kemudiannya dipukul oleh tiga orang guru kerana dituduh mencuri seutas jam tangan.

Menurut sebuah portal, Dilshan alias Raja, pelajar kelas IX di Kolej R S Inter, Ramlila Maidan telah dimasukkan ke hospital tempatan selepas keadaannya yang kritikal, namun dipindah ke Hospital Kanpur, India apabila dia tidak menunjukkan sebarang perubahan.

Malangnya, Dilshan tidak dapat diselamatkan dan telah meninggal dunia. Mayatnya telah dihantar untuk dibedah siasat.

Jahgir, bapa kepada Dilshan memaklumkan bahawa gurunya Shivkumar Yadav telah menghubungi Dilshan dan menuduhnya mencuri seutas jam tangan.

Beliau juga mengatakan anaknya sempat mengadu melalui panggilan telefon dengan bantuan seorang guru bahawa dia dipukul dengan teruk oleh guru-gurunya, Shivkumar Yadav, Prabhakar dan Vivek Yadav.

“Ayah, mereka memukul saya dengan sangat teruk.”

Superintendan Polis Kunwar Anupam Singh dalam satu kenyataan memaklumkan, pihak polis sedang menjalankan siasatan berkenaan punca kematian dan tindakan yang sewajarnya akan diambil.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: