Tempatan

Tular 54K Warga China Dalam Proses Warganegara: Penjelasan KDN

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 18 Ogos 2023 – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di bawah Kementerian Dalam Negeri memperjelaskan isu tular di media sosial mengenai ‘54K Warga China Dalam Proses Warganegara Pengundi DAP’.

Dalam sebuah kenyataan media, JPN berkata, petikan kenyataan YB Menteri Dalam Negeri (MDN) sempena lawatan kerja rasmi beliau ke JPN 9 Januari lalu telah dimanipulasi dari sebahagian kenyataan penuh.

“Intipati kenyataan YB MDN ketika itu adalah memaklumkan antara komitmen beliau sebagai MDN yang baru dilantik adalah untuk membuat keputusan (lulus/gagal) terhadap permohonan-permohonan kewarganegaraan yang telah tertunggak sekian lama tanpa dibuat sebarang keputusan.”

BACA JUGA: Nahas Pesawat: Jangan Kongsi Gambar, Video Visual Mangsa Insiden – MCMC

BACA JUGA: Kenyataan Media TV Pertiwi Berhubung Laman Web Disekat

BACA JUGA: Singapura-Malaysia Perlu Teroka Kerjasama Tangani Isu Perubahan Iklim

Tambah JPN, jumlah 54,000 permohonan tersebut adalah merujuk kepada jumlah permohonan dari tahun 2017 sehingga 2022 merangkumi pelbagai permohonan di bawah peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan dan dari pelbagai latar belakang keturunan dan negara asal.

Dan berdasarkan rekod mereka dari 2019 hingga 31 Julai 2023, hanya 45 individu dari China dianugerahkan kewarganegaraan Malaysia secara keseluruhan (Perkara 19(1) mengikut Negara asal).

“Malah YB MDN ketika itu juga turut memaklumkan beliau menyasarkan 10,000 permohonan dapat dibuat keputusan pada tahun ini,” memetik kenyataan.

Lanjutan itu, JPN menegaskan, Permohonan Kewarganegaraan adalah sentiasa tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan perundangan yang berkuat kuasa.

“Penganugerahan taraf kewarganegaraan merupakan anugerah tertinggi oleh Kerajaan Malaysia kepada mereka yang benar-benar layak dan memenuhi syarat.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: