Tempatan

Akta Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis Akan Berkuat Kuasa Jun 2023

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 14 Disember 2022 – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan bahawa akta undang-undang Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) akan dikuatkuasakan bermula Jun tahun depan.

Perkara ini dipersetujui selepas perbincangan dengan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, lapor sebuah portal tempatan.

“Bersama Datuk Seri (Wan Ahmad Dahlan), kita telah bincang, ia akan berkuat kuasa pada Jun depan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Bukit Aman, semalam.

IPCC memberi fokus kepada penubuhan suatu badan untuk melaksanakan siasatan, manakala tindakan dan hukuman tatatertib masih dikekalkan dengan Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) mengikut peruntukan sedia ada dalam Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan.

Bagi membolehkan siasatan IPCC dijalankan secara inklusif serta komprehensif, wakil Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) boleh dijemput untuk bekerjasama dengan pasukan siasatan IPCC, terutama bagi kes kematian dalam tahanan.

Selain itu, keanggotaan IPCC terbuka kepada semua individu, termasuk penjawat awam dan pesara polis, yang dipilih berdasarkan kelayakan pengetahuan, kemahiran, pengalaman serta apa-apa perkara lain akan ditentukan kemudian.

Pada 26 Julai lalu, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) IPCC 2020 untuk mempertingkat integriti pasukan PDRM, mengurangkan salah laku dalam kalangan anggotanya, serta meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap pasukan polis.

Sebelum dibentang di Parlimen, proses penggubalan IPCC membabitkan libat urus dengan seramai 1,059 orang, selain sesi taklimat bersama pimpinan tertinggi PDRM, persatuan bekas polis, wakil KDN serta Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: