Tempatan

Jam SWATCH Dirampas Bukan Sebab Warna Pelangi, Tetapi Cetakan ‘LGBTQ’

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 29 Mei 2023 – Rampasan jam tangan Swatch yang berlaku awal bulan ini adalah disebabkan cetakan huruf ‘LGBTQ’ pada jam dan bukannya kerana warna pelangi, dedah sumber Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Sumber berkata, “Kami merampas ratusan jam tangan dan kesemuanya mempunyai huruf ‘LGBTQ’ di muka jam tersebut. Kami tidak merampas jam tangan itu hanya kerana ia berwarna pelangi. Jika itu berlaku, kami perlu merampas aiskrim Paddle Pop.”

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Swatch, Nick Hayek mengatakan bahawa jam tangan yang dirampas tidak mengandungi sebarang unsur merujuk kepada golongan LGBT.

BACA JUGA: 50% Ladang Ayam Diancam Muflis

BACA JUGA: Individu Perolokkan Allah, Pendakwah Gesa PDRM Ambil Tindakan

BACA JUGA: Sabah Diiktiraf Sebagai Tapak UNESCO Triple Crown, Ketiga Di Dunia

Ujarnya, syarikat itu akan mengambil tindakan undang-undang untuk mendapatkan kembali jam tangan ‘Koleksi Pride’.

Bagaimanapun, pihak KDN bertegas dan tetap enggan memulangkan jam tangan yang dirampas semasa serbuan dilaksanakan.

Terdahulu, KDN telah menyerbu 11 kedai Swatch dan melakukan rampasan barangan ‘Koleksi Pride’ susulan netizen mengaitkannya dengan sokongan kumpulan British Coldplay terhadap kelompok itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: