Tempatan

Hampir 10 Ribu Anak Luar Nikah, Anak Angkat Tanpa Kerakyatan Dalam Senarai Menunggu Kewarganegaraan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 10 April 2023 – Kementerian Dalam Negeri (KDN) meluluskan kurang daripada lima peratus daripada 10,105 permohonan kewarganegaraan yang difailkan antara 2019 hingga 2022 untuk anak luar nikah dan anak angkat tanpa kerakyatan, yang diberikan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan.

Demikian jawapan bertulis Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail kepada Ahli Parlimen Cha Kee Chin (Pakatan Harapan-Rasah) yang bertanyakan jumlah kelulusan bagi dua kategori khusus pada tahun 2019, 2020, 2021 dan 2022.

BACA JUGA: Persiapan Aidilfitri, Kuala Lumpur Dijangka Sesak Sabtu Ini

BACA JUGA: Pinda Akta Pencen Doktor Kontrak, Tukar KWSP

BACA JUGA: UAE Lapor Ramadan Tahun Ini Hanya 29 Hari

Kata Datuk Seri Saifuddin, secara khususnya, 242 penerima terdiri daripada anak yang dilahirkan oleh ibu warga asing yang perkahwinannya dengan bapa warganegara Malaysia hanya didaftarkan selepas dia bersalin di Malaysia; serta kanak-kanak tanpa kerakyatan yang telah diambil sebagai anak angkat secara sah dan ibu bapa kandungnya tidak diketahui.

“Bagi kategori pertama, 33 kewarganegaraan diberikan kepada anak luar nikah, daripada jumlah 5,094 permohonan diterima.”

Selain itu, sebanyak 189 lagi kerakyatan turut dikeluarkan daripada 5,011 permohonan untuk anak angkat tanpa kerakyatan, kata Datuk Seri Saifuddin lagi.

Terdahulu, beliau menegaskan akan memastikan proses permohonan kewarganegaraan dipermudah secara menyeluruh tanpa kompromi terhadap segala peraturan dan aspek keselamatan negara.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: