Sahabat KDN, Mata Dan Telinga Keselamatan Negara
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
PUTRAJAYA, 11 September 2022 – Sahabat KDN berperanan sebagai mata dan telinga buat Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam isu yang berkaitan keselamatan negara, kata menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
“Ada banyak operasi kita lakukan, sesiapa yang mungkin ingin mengikuti operasi akan dijemput kerana kita mempunyai beberapa inisiatif dan kita mahu program itu mampu membangkitkan semangat semua warganegara bersama menjaga keselamatan negara.”
“Saya sedar apabila sebut sahaja keselamatan negara, selalunya rakyat akan memikirkan ini tanggungjawab KDN tetapi sebenarnya ini tanggungjawab kita bersama.”
“Maka itu apabila kita adakan program sahabat ini, adalah untuk menjemput seluruh rakyat Malaysia seramai mungkin bersama dengan kita,” katanya.
Tambahnya, isu keselamatan negara bukan hanya menahan benteng negara dari serangan ketenteraan tetapi ia termasuk keselamatan yang merentasi sempadan.
Berikutan itu, beliau menyeru komitmen daripada seluruh rakyat Malaysia untuk berganding bahu demi menjaga keselamatan negara.
Pendaftaran untuk menjadi Sahabat KDN ini boleh dilakukan menerusi laman web https://sahabatkdn.moha.gov.my/.