Tempatan

Benar Orang Bukan Islam Guna Kalimah Islam: KDN Akan Ambil Tindakan Susulan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memutuskan tindakan susulan yang akan diambil daripada aspek perundangan selepas menerima alasan penghakiman secara bertulis dari pihak Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam perkara keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan 4 kalimah Islam oleh orang bukan Islam dan penerbitan mereka.

Oleh itu, Dato’ Seri Hamzah Zainudin, Menteri Dalam Negeri meminta orang ramai untuk tidak membuat spekulasi mahupun tafsiran sendiri ke atas keputusan tersebut.

“Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil maklum keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Mac 2021 berkaitan isu kalimah “Allah” dan hal-hal lain yang telah dibawa oleh Jill Ireland Lawrence Bill terhadap KDN.”

“Sehubungan itu, saya menyeru semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi mahupun tafsiran sendiri ke atas keputusan tersebut dan meminta semua pihak untuk menghormati proses perundangan dan kehakiman negara.”

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam memutuskan bahawa penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah Allah dan tiga perkataan lain dalam penerbitan agama itu untuk pendidikan dalam komuniti mereka dengan syarat penerbitan buku agama atau bahan keagamaan Kristian yang menggunakan empat kalimah itu disertakan dengan penafian (disclaimer) pada kulit buku.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: