Tempatan

Pengkid Berihram Lelaki: Permainkan Ibadah Dan Fitnah Kepada Agama! – Idris Ahmad

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 17 Ogos 2022 – “Ini juga hendak mempemainkan ibadah, benda kamu buat itu sunat, pergi umrah ini sunat tapi janganlah awak hendak tunjuk viral benda begitu. Ini satu perkara yang menyakitkan hati orang dan memberikan fitnah kepada agama, tidak elok dan tiada untung!”

Kenyataan tegas itu dikeluarkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkenaan tindakan seorang wanita yang tular baru-baru ini yang didakwa mengerjakan ibadah umrah dengan mengenakan pakaian ihram lengkap seperti lelaki serta mengundang fitnah kepada agama Islam.

Menurut Idris Ahmad, beliau telah meminta bantuan daripada pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk menyiasat bagi memastikan kesahihan isu yang sedang hangat diperkatakan di media sosial itu, sebelum sebarang tindakan seterusnya dapat diambil.

Sebelum ini samudera.my turut melaporkan kenyataan Presiden Persatuan Pengendali Umrah, Haji dan Ziarah Negeri Perak (PUHAZ), Mohd Ali Sabri Abd Rahman, wanita itu didakwa mengerjakan umrah secara DIY atau diurus sendiri.

Perkara ini dimaklumkan oleh Mohd Ali Sabri dalam satu sidang media dengan mengesahkan bahawa pengkid yang memakai ihram semasa menunaikan itu tidak diuruskan oleh 35 khidmat agensi umrah yang bernaung di bawah PUHAZ.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: