Tempatan

Video Tular Polis Minta Rasuah, Individu Terlibat Dipanggil

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 04 April 2023 – Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, DCP Dato’ Yahaya Bin Othman mengesahkan anggota polis dan individu yang terlibat dalam video tular baru-baru ini akan dipanggil.

“Pada 02 April 2023, jam lebih kurang 2300hrs, terkesan satu video fular berdurasi 1 minit 48 saat di akaun TikTok@cs_kuan yang memaparkan seorang anggota polis memakai uniform sedang menjalankan pemeriksaan ke atas seorang individu dengan berlatarbelakangkan papan tanda Memorial Tunku Abdul Rahman di Bulatan Dato’ Onn, Kuala Lumpur. Siasatan awal yang dijalankan mendapati individu di dalam video tular tersebut mendakwa telah diperas ugut oleh anggota polis tersebut kerana tidak membawa dokumen pengenalan diri,” kata beliau dalam satu kenyataan.

@cs_kuan SUPPORT PDRM MALAYSIA ️ SELAMAT BERPUASA. Malaysia CHINA EMBASSY HOTLINE TIDAK TERJAWAB TOLONG JAGALAH IMEJ NEGARA MALAYSIA Video Credit: Cici酱 #据说MATA要KOPI提神 ♬ original sound – CSKuan Mahakala – CS eSHOP

Ujarnya, anggota polis dan individu yang telah dikenal pasti terlibat akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk diambil keterangan bagi siasatan yang dijalankan.

BACA JUGA: Isu Laut China Selatan: Malaysia Bersedia Runding Dengan China – PM

BACA JUGA: Harga Minyak Melonjak Naik

BACA JUGA: SPA Sekat Lebih 46 Ribu Identiti Palsu Mohon Kerja Awam

Susulan itu, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kertas siasatan akan dilengkapkan dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi arahan lanjut.”

Dalam masa sama, DCP Dato’ Yahaya Bin Othman menasihati orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan penyebaran maklumat di laman sosial tanpa sumber yang sahih dan tepat daripada pihak polis.

Beliau juga memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian tersebut untuk menghubungi IPD Dang Wangi di talian 03-2600 2222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis yang berhampiran.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: