Nahas Pesawat: Jangan Kongsi Gambar, Video Visual Mangsa Insiden – MCMC
KUALA LUMPUR, 18 Ogos 2023 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengingatkan orang ramai untuk tidak menyebarkan mahupun mengongsikan gambar atau video visual mangsa insiden nahas pesawat di Elmina.
“MCMC ingin mengingatkan orang ramai kepentingan menghormati dan menunjukkan empati yang tinggi.”
“Dalam kejadian pesawat terhempas di Elmina, adalah penting untuk kita menjaga sensitiviti dan mengelakkan diri daripada berkongsi gambar mangsa tragedi.”
BACA JUGA: Tiada Kompromi Kesalahan Tukar Label Beras
BACA JUGA: Singapura-Malaysia Perlu Teroka Kerjasama Tangani Isu Perubahan Iklim
BACA JUGA: KP JAKIM Arah Tindakan Tatatertib Pegawai Terlibat Politik
MCMC yang berkata dalam satu kenyataan media turut menyatakan bahawa berkongsi gambar mahupun video mangsa dalam nahas berkenaan bukan sahaja boleh menyinggung perasaan keluarga malah melanggar prinsip serta etika yang paling asas.
Justeru, MCMC menyeru semua pihak untuk membuat pertimbangan sewajarnya dengan menurunkan gambar mangsa tragedi dan tidak menyebar atau berkongsi lanjut kandungan berkenaan.
“Sebarang perkongsian melibatkan gambar atau video mangsa tragedi dan mana-mana pihak yang terlibat boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” kata MCMC dalam kenyataan tersebut.
Dalam nahas sebuah pesawat ringan di Elmina, Shah Alam semalam, pihak polis mengesahkan seramai 10 individu terkorban dan salah seorang mangsa ialah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Johari Harun.