NGOTerkini

Eksekutif Disney Ikrar 50% Watak Gay, Pixar Masukkan “Same-Sex-Kissing” – Profesor Madya Rafidah Hanim

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SELASA, 14 Jun 2022 – “Eksekutif Disney “berikrar” untuk 50% watak-wataknya membawa karakter gay dan Pixar memasukkan “same-sex-kissing, Setakat ini belum ada kenyataan rasmi dari Lembaga Penapisan Filem lagi. Yang ada hanya dari sumber tidak rasmi, memberitahu media.

Saudara dan saudari, para ibubapa tidak kira bangsa dan agama, marilah menolak sebarang indoktrinasi eligibiliti ke atas anak-anak kita melalui kartun kegemaran mereka,”

Pensyarah Perubatan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar mengulas mengenai petisyen pengharaman animasi Disney “Lightyear” melalui satu kenyataan di Facebook miliknya.

Dalam kenyataan yang sama, Profesor Rafidah Hanim berkongsi pengalaman beliau bersama beberapa orang sahabat pada 2017 yang pernah menulis kepada Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) agar tidak membenarkan tayangan Beauty and The Beast Disney kerana pengarah filem tersebut sendiri yang mengesahkan bahawa adanya adegan gay.

Namun, Golden Screen Cinemas (GSC) dan Disney dilaporkan tetap merayu agar tayangan dibenarkan serta tiada adegan yang dipotong dan panel rayuan dari LPF tetap mengambil keputusan dengan meluluskan permintaan mereka itu.

Berdasarkan kenyataan yang dituju kepada Pengerusi Lembaga Penapisan Filem Malaysia, Dato’ Haji Mohd Dusuki bin Hj Ya’acob itu, setakat ini masih belum ada sebarang kenyataan rasmi dari LPF mengenai hal tersebut dan buat masa ini hanya ada sumber yang tidak rasmi sahaja memberitahu media.

Oleh itu, beliau mengambil inisiatif dengan memulakan petisyen tersebut bagi mendesak LPF dan KDN untuk mengharamkan tayangan filem “Lightyear” tersebut di Malaysia sebagai pernyataan rasmi dan tegas terhadap ideologi yang disebar melalui kartun dan animasi. Bahkan KDN dan LPF harus peka terhadap sebarang produk Disney di masa-masa hadapan kerana polisi mereka yang telah berubah.

Pensyarah Perubatan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan di Universiti Sains Islam Malaysia USIM itu menyeru para ibubapa tanpa mengira bangsa dan agama untuk bersama-sama menolak sebarang indoktrinasi eligibiti (LGBT) ke atas anak-anak melalui kartun kegemaran mereka.

Tambah beliau, filem animasi “Lightyear” keluaran Pixar dan Disney itu merupakan siri sampingan dari filem “Toy Story” yang menjadi kegemaran ramai kanak-kanak di seluruh dunia. Malangnya, kini unsur seperti homoseksualiti telah diterapkan di dalam filem ini melalui watak wanita dikenali sebagai “Hawthorne” yang mempunyai hubungan bermakna dengan wanita lain dan hubungan mereka digambarkan melalui ciuman sesama jantina.

Susulan dari itu, negara-negara luar seperti Arab Saudi, Kesatuan Emiriah Arab (UAE) dan Kuwait telahpun mengharamkan tayangan filem ini di negara mereka.

“Dalam satu mesyuarat dalaman di mana video perbincangan telah dibocorkan, Pengarah Eksekutif Animasi Latoya Raveneau berkata pasukannya tidak lagi berahsia dalam mengimplementasikan agenda gay dan secara berkala menambah Querness (sebahagian dari LGBTQ) dalam rancangan kanak-kanak.”

“Karey Burke, Presiden bagi kandungan hiburan Disney (Disney’s General Entertainment Content) berkata Disney mesti memastikan kandungan filem mereka banyak mengandungi karakter LGBTQIA (Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender, Queer, Interseks dan Allies). Beliau mengaku mempunyai 2 anak dari golongan Queer (pansexual dan transgender),” jelas Pensyarah Perubatan USIM itu lagi.

Dalam pada itu, Prof Rafidah Hanim juga ada memaklumkan mengenai Taman tema Disney yang tidak menggunakan ganti nama jantina binari seperti “ladies and gentlemen, boys and girls” dalam polisi gender-inklusif mereka.

Beliau mengingatkan orang ramai, Malaysia tidak menerima LGBTQA sebagai suatu gaya hidup kerana kita berpegang kepada Islam sebagai Agama Persekutuan, Rukunegara dan Perlembagaan Persekutuan seperti kenyataan yang pernah dikeluarkan Bekas Perdana Menteri Malaysia Ke-7, Tun Mahathir Mohamad di mana “Kita tidak boleh terima umpamanya LGBT, perkahwinan antara lelaki dengan lelaki dan wanita dengan wanita.”

Bukan itu sahaja, menurut Prof Madya Dr Rafidah lagi, Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut mengatakan “ia bertentangan dengan syariat Islam dan kita (kerajaan) tidak menyokong sebarang kempen yang dilabelkan LGBTQ di negara ini.”

Bahkan, agama-agama lain juga menolak budaya LGBTQ dan implikasi ideologi LGBTQIA terutamanya transgender ke atas kanak-kanak serta remaja adalah terlalu besar.

“Implikasi homoseksualiti terhadap kesihatan fizikal dan mental juga adalah memudaratkan,” ujar Prof Rafidah.

Menutup kenyataannya, beliau berkata, “walaupun di era ini, terdapat kaedah lain untuk sesiapa sahaja cuba mengakses filem-filem yang telah diharamkan (tindakan private domain), pengharaman oleh KDN dan LPF adalah satu pernyataan polisi yang tegas dalam ruang lingkup public domain yang memberi isyarat kepada kedua-dua pihak iaitu pengeluar filem dan masyarakat Malaysia akan nilai-nilai kekeluargaan kita yang tidak boleh dikompromi dengan ideologi LGBTQA yang dipaksakan ke atas anak-anak kita melalui kartun dan animasi.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: