Tempatan

Curang: Undang-undang Perlu Dilaksanakan – Prof. Dr. Rafidah Hanim

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 23 Disember 2021 – Prof. Madya Dr. Rafidah Hanim dalam sebuah hantaran di laman Facebook beliau menggesa supaya tindakan undang-undang dilaksanakan terhadap pihak-pihak yang terlibat mengadakan hubungan sulit.

“Jika undang-undang Syariah Seksyen 32, 33 dan 34 diambil tindakan, saya yakin kita dapat mengurangkan situasi wanita merasa tidak terbela dan kita tidak memisahkan soal moraliti dari perkhidmatan awam,” ujar beliau dalam penulisannya tersebut.

Beliau merujuk kepada Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013, dimana perbuatan seperti memujuk wanita yang sudah berkahwin meninggalkan keluarga, menghalang pasangan yang sah daripada hidup sebagai suami isteri, dan menghasut supaya bercerai boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Dalam mengulas isu kes curang yang tular baru-baru ini, beliau turut menyentuh bahawa di Malaysia dan kebanyakan negara maju terdapat peraturan yang jelas menghalang perhubungan sesama rakan sekerja, lebih-lebih lagi yang berbentuk skandal.

Beliau juga menyatakan walaupun kerja pihak-pihak yang terlibat mungkin masih berjalan dengan lancar, namun ia tidak wajar dijadikan alasan untuk melakukan perbuatan yang tidak bermoral.

“Isu moraliti tidak harus dikesampingkan semata-mata kerana tugas dalam perkhidmatan lancar,” berikut merupakan kenyataan tegas beliau.

Leave a Reply

Back to top button