Tempatan

Contohi Singapura Dalam Memelihara Institusi Kekeluargaan Dengan Akta Pengangkatan Anak – Profesor Madya Dr Rafidah Hanim

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 22 April 2022 – Profesor Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar, pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyarankan agar Malaysia mencontohi langkah Singapura dalam memelihara institusi kekeluargaan dengan Akta Pengangkatan Anak.

Akta itu diwujudkan bagi meningkatkan keselamatan dan memastikan kanak-kanak yang bakal diambil sebagai anak angkat dapat tinggal di dalam suasana yang selamat, stabil dan disayangi.

Profesor Rafidah memaklumkan beberapa perkara yang wajar dicontohi Malaysia untuk memelihara institusi keluarga. Beliau memetik dari hantaran Facebook Jason Wong, pengasas Yellow Ribbon Project dan pergerakan Dads for Life.

Antaranya ialah agensi pengambilan anak angkat, bakal penjaga anak dan juga pihak mahkamah mesti mempertimbangkan beberapa faktor termasuklah mengambil kira dasar-dasar awam seperti dasar yang menentang pembentukan keluarga dari unit jantina yang sama, serta dasar awam terhadap ibu bapa tunggal yang dirancang dan disengajakan melalui ibu tumpang atau teknologi pembiakan dibantu (ART).

Selain itu, peranan ibu dan bapa dalam cara didikan dan pembesaran anak-anak juga berbeza. Berbanding ibu, seorang bapa lebih memberi pendedahan kepada anak melalui aktiviti rangsangan, bermain dan aktiviti yang lebih lasak bukan sahaja kepada anak lelaki tetapi juga anak perempuan.

Dari interaksi tersebut, seorang anak belajar untuk mengawal emosi dan sikap, sekaligus mereka lebih selesa meneroka dunia di sekeliling mereka.

Jason Wong turut meletakkan kepercayaannya bahawa masih ada ruang untuk mengukuhkan undang-undang dan polisi dalam memelihara hak kanak-kanak. Katanya, undang-undang yang jelas melarang ibu tumpang perlu diwujudkan di Singapura dan juga luar negara.

Jelasnya lagi, Singapura harus berhasrat untuk mengabadikan definisi perkahwinan, keluarga dan hak kanak-kanak dalam Perlembagaan Singapura iaitu undang-undang tertinggi negara tersebut.

Pada 4 April lalu, Singapura telah memperkenalkan Rang Undang-Undang (RUU) Pengangkatan Kanak-Kanak di Parlimen.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: